Gunung Keriang Kedah



Ada mitos yang mengatakan gunung ini asalnya sebuah kapal yang disumpah menjadi batu oleh Sang Gedembai kerana hajatnya untuk mengahwini puteri yang berada di dalam kapal itu tidak dipenuhi .Di dalam gua ini pula dikatakan mempunyai pinggan mangkuk yang dipercayai dibawa oleh kapal tersebut. Masyarakat yang mendiami kawasan ini ketika dahulu pernah meminjam mangkuk berkenaan untuk majlis kenduri. Kini, Mitos tersebut telah menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk datang ke sini.

Gunung yang dimaksudkan ialah Gunung Keriang yang terletak kira-kira 7 km dari bandar Alor Star, ia adalah destinasi yang harus kita kunjungi kerana kaya dengan keindahan alam ciptaan tuhan. Taman rekreasi yang indah di sini sesuai kepada mereka yang ingin merehatkan diri setelah penat bekerja. Kemudahan seperti tempat meletak kenderaan, tandas awam dan taman permainan ada disediakan di sini. Ia juga sesuai sekiranya kita datang untuk bersenam.
Gunung Keriang – Pandangan dari bahagaian barat

Selain itu, Gunung Keriang juga kaya dengan batu kapur atau batu bunga ( kristal ) . Batu ini dicari di dalam gua-gua yang terdapat di sini oleh penduduk tempatan dan luar . Sekiranya kita ingin mendapatkan batu ini, kita boleh membelinya dari peniaga yang menjualnya di sekitar taman rekreasi ini. Pada masa sekarang, pencarian batu ini tidak dibenarkan lagi dan dengar khabar di sekitar Gunung Keriang ini akan dibangunkan menjadi sebuah tempat perlancongan bertaraf lebih tinggi.

Yang pastinya, kunjungan kita ke sini pasti akan memberikan ilham dan ketenangan betapa pentingnya kita perlu terus menjaga keindahan alam ini.

Gunung Korbu



Gunung Korbu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Gunung Korbu mempunyai ketinggian setinggi 2,183 meter.

Gunung Korbu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Cara pendakian

Dari Ipoh menuju ke Tanjung Rambutan. Di situ ada perkampungan orang Asli suku Semai. Mendaki ikut Sungai Kinta. Jarak dari Tanjung Rambutan ke Gunung Korbu ialah 16 km. Mulakan dari berek pasukan polis dan Jabatan Bekalan Air Kinta.

Medan Kidd, Ipoh – naik bas awam ke Tanjung Rambutan

Balai Polis Tanjung Rambutan – daftar nama di sana (nama, alamat, KP, tujuan, bilangan, berapa lama di puncak. Bila balik daftar sudah berjaya sampai)

Kem Briged Polis Hutan Ulu Kinta – naik van. Sekarang dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta.
Loji air, pagar intake

Beberapa perkampungan orang Asli

Kem Agas

Kem Seroja

Bukit Botak

Gunung Korbu Raya

Pendaki juga boleh mendaki Gunung Korbu melalui Pos Sg Termin.

Terminal Bas Ekspress Medan Gopeng

Ulu Kinta Waterfall

Ulu Kinta Reservation

Empangan Sultan Azlan Shah

Pos Sg Termin

Bukit Nanas (by pass) (Kg Orang Asli Sg Termin)

Dataran Pacat (Rest area)

Kem 9-10 (Campsite capacity : 10 org)

Termin Waterfall Camp / Kem Batu Besar (Campsite capacity : 10-15 org)

Bukit Penat (by pass)

Kem Seroja (Campsite capacity : 40 org)

Kem TV3 (Campsite capacity : 10 org)

Bukit Lagi Penat (by pass)

Kem Kancil (Campsite capacity : 10-15 org) New

Kem Kijang (Campsite capacity : 40 org)

Last Water Point (LWP)

Puncak Botak (Campsite capacity : 10 org)

Puncak Chuban (Campsite capacity : 10 org)

Puncak Korbu Raya

Puncak Gunung Korbu (7,182 ft) (Campsite capacity : 40 org)

Apabila tiba di puncak Gunung Korbu, pendaki boleh juga terus ke Gunung Gayong dan seterusnya Gunung Yong Belar kemudian turun di Cameron Highland, Pahang, yang lebih dikenali sebagai Tran Titiwangsa. Ekspedisi tersebut mengambil masa 7 hari. Pendaki juga boleh terus ke Gunung Yong Yap, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat yang memakan masa lebih 21 hari untuk melengkapkan G6 di Banjaran Titiwangsa.

Dari puncak dapat dilihat Lembah Kinta, Bukit Keledang, laut Selat Melaka, pemancar di Bukit Larut, Taiping, Pulau Pinang, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar, Gunung Berinchang di Cameron Highland. Ada stesen pemancar televisyen di Gunung Berinchang. Gunung Yong Yap di Kelantan juga jelas kelihatan.

Trek asal kini juga telah berubah wajah. Pihak pemaju telah mewujudkan satu lagi trek di sebelah atas bukit untuk pendaki ke Gunung Korbu. Namun trek yang seakan-akan trek balak ini sangat panas terik dan mengeringkan tekak.

Sebuah trek lama Korbu yang telah ditutup kini dibuka semula oleh para pendaki tegar yang membuat tanda-tanda pada pokok untuk kemudahan pendaki di masa akan datang. Trek ini akan melalui Sungai Seno’oi (melalui perkampungan orang asli Kg Cadak & Kg Makmur), Kem Balak dan Kem Singapura. Pendaki sama sekali tidak akan melalui Kem Seroja, Kem Kijang, Puncak Botak, Gunung Raya kerana trek untuk sampai ke puncak ke puncak Korbu ialah dari sebelah belakang. Bermaksud pendaki akan melalui bukit-bukit yang lain untuk sampai ke puncak Korbu.

Setiap ekspedisi untuk mendaki gunung-gunung di Malaysia seharusnya menggunakanGuide yang berlesen dengan Malaysia Tourism Board. Bagi mendaki gunung-gunung di negeri Perak, pendaki boleh mendapatkan khidmat guide daripada Silver Outdoor Sport (S.O.S) yang berpengalaman dalam menunjuk arah di dalam hutan.

Kemalangan

1999; 14 remaja telah membuat pendakian, termasuk 2 pendaki perempuan. Mereka terdiri daripada sekumpulan pendaki yang sering mendaki gunung-gunung di seluruh Malaysia.Mereka adalah Sawa, Adnan, Lan, Mono, Wak, Jabir, Jerung, Pon, Mai, Sheila, Zainal, Sepoi (arwah) dan allahyarham Rohan Harith Iskandar.Dua daripadanya adalah kenalan baru yang ingin menyertai ekspedisi itu. Allahyarham Norzahri Harun dan Rohan ditemui mati pada awal pagi dalam khemah di puncak Korbu oleh rakan-rakan sepasukan. Mengikut catatan rasmi, kemalangan berlaku akibat terhidu gas karbon monoksida yang terhasil melalui pembakaran lampu gas.Walaubagaimanapun, punca sebenar kematian masih misteri. Mengikut laporan pihak berkuasa, mereka mengklasifikasikan kes ini sebagai kemalangan biasa
Kampung Orang Asli

Ulu Kinta

Ulu Kinta (‘Hulu Kinta’) merupakan sebuah perkampungan kecil orang Melayu . Ia terletak di antara Tambun dan Tanjung Rambutan. Sungai Perak mengalir dari Gunung Korbu (Gunung Kerbau) yang terletak di Ulu Kinta.

Di Ulu Kinta terdapat beberapa buah kampung, kawasan perumahan, pusat tadahan air, kem Pasukan Gerakan Am, sekolah seperti SKPPH,Institut Perguruan Hulu Kinta, pasar dan kedai-kedai runcit. Sesuatu yang istimewa mengenai Ulu Kinta ialah masyarakatnya hidup dengan harmoni. Selain itu nasi lemak Pak Awang merupakan tarikan sarapan pagi yang istimewa.

Korbu adalah puncak ke-2 tertinggi di Semenanjung yang mempunyai ketinggian 7162 kaki. Ketika haku amat berkeinginan untuk mendaki puncak-puncak G7 yang selalu diceritakan oleh pendaki yang telah khatam dalam perbidangan mendaki nie,haku amat teruja untuk menawannyer.Ntah sampai bila haku dapat menakluki ketujuh-tujuh gunung tersebut iaitu Gunung Chamah, Ulu Sepat, Yong Belar,Yong Yap, Tahan dan Gayong. Saban hari haku menunggu-nunggu siapakah yang mempelawa haku mendaki salah sebuah gunung-gunung tersebut. Perkenalan haku dengan Wafi (di Nuang) dan di ikuti dengan Zafrul telah membuahkan harapan yang selama ini terpendam. Terima kasih pada meka berdua.

Perancangan awal ermm…tak salah haku dari November tahun lepas semasa kami berjogging di Universiti Malaya telah mencetuskan ilham mendaki gunung ini, kami mula berlatih mendaki sebanyak 3 kali di Gunung Nuang hinggakan mencatatkan masa yang terbaik dan terpantas 7 jam 10 minit dalam pendakian seari untuk melengkapkan diri agar tidak keletihan apabila mendaki Gunung Korbu. Misi haku, biar kalah semasa latihan mendaki di Nuang jangan kalah di Korbu. Dan yang terakhir pada seminggu sebelum misi menawan Korbu haku bersama Farrah,Wafi dan Zafrul telah pergi ke Negeri Sembilan, menawan puncak Gunung Angsi pada ketinggian 2702 kaki yang mana lebih rendah dari Gunung Nuang iaitu 4893 kaki.

Hari-hari yang di tunggu telah tiba, tanggal 31 January jam 10.00pm haku telah terpancul di depan Restoran Jepun Ikkyu di Faber Towers di mana kami telah sepakat untuk bertemu. Haku, Wafi, Farrah dan Zafrul akan berjumpa kawan-kawan yang lain yang belum pernah haku bersua muka seperti Warren, Thomas, Mahendran, Sassi, Boon Leong dan Lii Jiin manakala Norhisham(Black) dan Zul berjumpa di Medan Gopeng. Boleh katakan kali ini merupakan trip mendaki Muhibbah kerna semua bangsa ada hihihihihihihihi..Berita yang mendukacitakan pada kami bertiga apabila di beritahu Farrah tidak dapat turut serta bersama2 kami. Kami kehilangan kawan yang sporting malah terasa ketiadaannyer.

Sepanjang jalan menuju ke utara banyak berkisar tentang Farrah, apa yang ku tahu kesakitan pada bahagian belakang badan akibat kemalangan 6 tahun lalu memaksanyer menarik diri saat-saat akhir membuatkan kami ber3 tersentak dan masing2 merasakan akan ketiadaannyer pada trip kali ini.Kami berhenti rehat di Tapah sambil meminum kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk dan setelah itu perjalanan di teruskan kembali sehingga kami tiba di Medan Gopeng.

Setiba kami di sana, Black telah memunculkan diri bersama-sama dengan Zul yang datang dari Kelantan semata2 untuk mendaki bersama. Pertemuan 2 sahabat lama antara Black dan Zafrul banyak berbual berkisar tentang mendaki bersama. Haku dan Wafi hanyer bole tersenyum dan tersengih macam kerang busuk :p

Masa terlalu lama di rasakan ketika berada di sana membuatkan haku merasa bosan, haku cuba melelapkan diri di dalam keta tapi mana la mungkin dapat melelapkan mata bilamana perasaan teruja nak mendaki telah berkobar-kobar dalam diri ini yang mana ini lah kali pertama dalam sejarah hidupku akan mendaki salah satu gunung yang melebihi 7000 kaki ketinggiannyer. Bila di cuba untuk melelapkan mata..ada sajer yang terganggu..dengan nyamuk bermain-main di telinga dan kaki di tambah pula dangan kopi Ali Café semasa minum di Tapah aduhaiiiii…..mata terasa segar-bugar pulak, harap-harap tak pewai(mengantuk) la bila mendaki nanti.

Haku cuma dapat melelapkan mata dalam 15 minit jer..selebih nyer hanyer mendengar tepukan dan libasan tangan kawan-kawan yang mana masing-masing seperti haku tidak dapat melelapkan mata melayan nyamyuk-nyamuk yang menghuni di dalam keta Zafrul hihihihihihi..dia bela kuttt….Selepas solat Subuh  haku dan lain-lain telah berjumpa dengan guide kami yang bernama Mail itu ajer yang haku tahu nama nyer..yang mana beliau juge tidak dapat tido kerana menonton bola di Astro hahahahahaha…padan muke sama-sama ngan kami nie…setelah selesai urusan membuat laporan di balai polis Tanjung Rambutan kami semua bersarapan dan memunggah segala beg-beg yang berkilo-kilo beratnya. Dari sini kami bole melihat ketinggian Gunung Korbu waduhh..betapa tingginyer puncak yang akan kami tawan, terasa terdetik di hati ini mengatakan bole kah haku melepasi nyer.Kenderaan pickup 4×4 Hilux akan membawa kami masuk kedalam hutan melalui jalan-jalan perkampungan Felda.

Di permulaan perjalanan kami melalui ladang kuda yang berpuluh-puluh ekor banyaknyer mungkin sini la tempat di mana kuda-kuda yang belum bertuan diperlihara di sini. Perjalanan melalui jalan-jalan yang berlopak tidak sempurna yang mana jalan tar telah dihakis oleh kenderaan berat dan air membuatkan kami semua terhoyong-hayang tambahan pula kami bersebelas orang menaikinyer…anda banyangkan la camner..perjalanan selama 40 minit amat memeritkan kami tapi ada kalanyer seronok telah melupakan sekejap tentang pendakian nanti.

Akhirnya tiba lah kami di kaki gunung, kami mula menyusun barang-barang keperluan seperti makanan, khemah dan alatan masakan untuk di bahagi-bahagikan sama rata dan adil. Setelah selesai semuanya kami mula berjalan jam 10.34am dengan melewati ladang kelapa sawit kepunyaan peneroka dan mula merentasi hutan.

Hari Pertama (1 February 2007)

Perjalanan kami hari pertama tidaklah mencabar sangat cuma melalui denai hutan dan tidak lah susah, perjalanan kami banyak terganggu dek kerna halangan semak-samun yang menutupi denai yang membuatkan kami terasa miang dan gatal pada kulit tangan dan kaki di tambah pula pacat yang menunggu mangsa untuk dihisap. Bukan setakat 1-2 ekor tetapi tak terhitung bilangan pacat pada jarak yang kurang dari 5 meter ada sajer pacat yang menunggu aduhaiii..hinggakan haku tak larat untuk mengelaknya lagi…akibatnyer mula lah darah merah mengalir dari celahan jari-jari kaki yang bukan sekor tetapi 5-6 ekor sekali gus malah bukan pada sebelah kaki sahaja tapi di kedua-dua belah..kadang terasa geli juge bila melihatkan terlalu banyak pacat yang menghisap..bukan haku serorang sajer yang terkena malah kesebesalahan kami turun merasainyer..kami hanya melintasi 2 kali anak sungai yang tidak berapa dalam akan tetapi Zul cuba melompat-lompat untuk mengelak dari kebasahan kasut telah tergelincir dan pehanyer bersagat(bercalar) apabila terjatuh. Alhamdulilah kecederaan dia tak leh berapa serius tapi bila memandang pada muka nyer seakan2 menahan sakit.

Pada peringkat permulaan ini pendakian tidak lah berapa tinggi kerna sangkaan haku Cuma la meranduk air sungai yang telah diberitahu awal-awal lagi oleh Zafrul yang mana kami akan melalui 7-8  batang sungai  tapi jangkaan Zafrul tersilap kerna kami melalui jalan baru yang mana kami tidak perlu meranduk air sungai seperti jalan lama yang pernah dilalui olehnyer satu ketika dulu. Haku yang hanya memakai sandal merasa tidak selesa kerna pergerakan mendaki amat memenatkan kerna sandal ini tidak menyokong pergerakan kaki,haku mula terasa hendak pancit pada peringkat ini dan mula berhenti dan menanggalkan sandal tersebut dan menukar dengan kasut kesayangan ku berjenama Kickers.
Pada peringkat ini setelah melepasi anak sungai,kami mula mendaki dengan pokok-pokok buluh yang tumbang dan berduri amat memeritkan kami, hinggakan kami terpaksa merangkak umpama askar yang merangkak bersama-sama dengan beg yang berkilo-kilo beratnyer aaaahhh…terasa seksa dan memenatkan. Bila merangkak ada beg yang tersangkut pada celahan pokok-pokok membuatkan haku merasa amat memenatkan bukan hanya sekali dua tetapi tidak kurang berbelas kali. Ini yang membuatkan gunung ini bertambah tough tahap gaban. Tangan-tangan kami dan kaki kami abis calar-balar dek kerna sangkutan pada duri2 pokok yang tidak mampu kami mengelak. Kami berehat menunggu kawan-kawan yang ketinggalan di belakang sambil menjamah roti bun yang dibawa bersama. Pacat tak usah citer la la..dah tak larat nak mengelak dari hisapan ia. Kami terpisah dalam 2 kumpulan yang mana kumpulan terakhir iaitu Mahendran,Warren Black,Zul dan Zafrul telah memperlahankan rentak perdakian dek kerna Mahendran  telah awal2 lagi pancit. Zafrul telah menyarangkan agar mengurangkan berat yang dipikul oleh nyer yang mana kami terpaksa mengambil barang-barang yang dibawanya.
Setelah lelah hilang kami meneruskan kembali, kami berpecah kepada 2 kumpulan yang mana kumpulan terakhir tadi akan menjaga Mahendran dan haku dan Wafi menjaga group pertama.

Di sepanjang laluan kami tu, haku melihat banyak tapak kaki kijang dan juge babi hutan mungkin juge itu merupakan laluan nyer kerna jarang ada pendaki memasuki gunung ini. Menurut kata Wafi dan juge Guide kami Mail hanya sekali kumpulan pendaki yang mendaki pada bulan lepas..kami terus bergerak mendaki hingga sampai ke check point untuk untuk mengisi air bagi meneruskan perjalanan ke kem site untuk bermalam. Haku cuma duduk dan mengambil sedikit air untuk diminum terasa air gunung nie manis kerna tanpa pencemaran. Kami menunggu hingga kumpulan kedua tiba dan setelah itu baru bergerak kembali menuju ke Kem Pangkin yang mana perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 3 jam lagi untuk tiba, ini bermakna kami akan sampai pada jam 6.00pm pada anggaran Mail yang mana melihat kami semua agak keletihan walaupon Haku dan Wafi tidak la merasa keletihan sangat kerna kami telah membuat latihan gunung sebelum kesini.

Melihatkan kawan-kawan yang lain yang keletihan merasa kesian juge..kami tiba di Kem Pangkin jam 3.50pm dan berehat serta menunggu kawan-kawan dan haku mengambil peluang menjamah Snicker yang dibawa bersama untuk menghilangkan rasa lapar. Perjalanan kami hanya tinggal 1 jam setengah untuk sampai ke Kem Air Terjun Senoi di mana kami akan mula berkhemah pada hari yang pertama. Setelah berjam-jam meredah belukar dan merangkak dengan kaki tangan bercalar malah berdarah angkara pacat akhirnyer kami tiba di kem Air Terjun Senoi jam 5.30pm. Wafi selaku chef tak bertauliah telah bersiap-siap untuk masak nasi untuk kami makan malam dengan menu nya, kobis masak lemak santan dengan ikan masin goreng waduhh…walaupon hidangannyer ringkas tapi dalam hutan semuanyer terasa sedap..sambil-sambil menunggu kumpulan kedua haku bertindak penolong chef hihihihihihi…tukang kacau jerk.. :p  jam 6.30pm kumpulan kedua telah sampai dah kami mula bergegas memasang khemah dan haku selaku engineer khemah telah diberi tugas oleh Zafrul. Kami telah berjalan selama 8 jam 30 minit untuk sampai ke sini…aduhaiii..mengikut kiraan dari kumpulan terakhir yang sampai.
Setelah selesai makan malam kami telah bermesyuarat berkenaan pendakian kami pada keesokan harinye yang mana Mahendran tidak lagi dapat meneruskan pendakian kerna kecederaan lutut dan kepancitan nyer. Pada mulanya kami bersepakat untuk mendaki sehari dengan mendaki tanpa membawa beg dan mengambil keputusan untuk tidak bermalam di puncak dengan meninggalkan Mahendran dan Warren yang sanggup menjaganyer hingga kami pulang. Akan tetapi setelah Mail menyarankan agar kami meneruskan niat mendaki hingga ke pucak dan bermalam di atas puncak maka kami mula menyusun kembali barang2 keperluan makanan untuk meka berdua.

Hari Kedua (2 February 2007)

Pepagi lagi sebelum subuh, Zafrul dan Wafi telah bangun seawal jam 5.00am untuk melakukan tugas meka,Wafi telah memasak nasi untuk dibuat nasi goreng untuk sarapan kami manakala si Zafrul ingin melepaskan hajatnyer yang tersimpan semalam. Haku terjaga setelah mendengar dan diusik oleh Zafrul pada jam 6.00am selesai solat subuh, haku mula mula menolong apa2 yang patut untuk meringankan tugas Wafi dengan menyediakan air teh o dan mengacau-acau nasi. Kami bersarapan dan mengemas dan mulai bergerak jam 9.40am dengan meninggalkan Warren dan Mahendran yang tidak dapat mengikuti kami,dari riak mukanyer nampak cam satu penyesalan yang mana ia akan menjadi detik sejarah hitam yang pertama kali mendaki.

Perjalanan pagi itu terasakan amat pantas kerna masing-masing telah pon membiasakan diri kerna telah tahu dan dapat mengimbangi tenaga yang diperlukan pada ketika ini. Kami melintasi Kem View yang jaraknyer kurang 20 minit perjalanan yang mana kami sepatutnyer berkhemah di sini menurut kata Mail. Perjalanan pendakian diteruskan hingga ke “Last Water Point”  yang mana kami terpaksa mengambil air untuk dibawa puncak dan untuk kegunaan kami semasa dalam perjalanan. Haku cuma mengisi air 2 liter sahaja  kerna jangkaan ku mempunyai lebih kurang l liter air 100 PLUS yang mana dapat bertahan hingga ke puncak dan turun balik dan haku Cuma menggunakan lebih kurang 500ml sahaja untuk minum hingga sampai di Kem Permatang untuk mengisinya kembali, pendakian memakan masa lebih kurang 2 jam perjalanan. Perjalanan mendaki dengan anggaran 45-50 darjah ketinggian amat memenatkan tetapi tidaklah penat seperti mendaki di Gunung Nuang kali ini haku dapat menyesuaikan keadaan dengan latihan dan mental yang lengkap semasa pendakian dulu dapat diharungi dengan jaya tanpa rasa keletihan amat sangat seperti kawan-kawan lain.

Jangkaan haku silap bilamana sebelum sampai ke Kem Permatang air botol 500ml telah abis diminum,menurut kata Mail kalo bernasib baik mungkin ada anak sungai yang mengalir jika musim hujan tapi memandangkan kami pergi musim kering maka sungai tadi sudah kering maka kami kurang bernasib baik kerna sungai nyer telah mengering. Haku membisikkan pada Wafi yang haku telah kehabisan air Cuma tinggal 1 liter air sahaja untuk digunakan semasa turun nanti,Wafi amat memahami dengan mengatakan dia akan memberi sedikit air untuk ku jika haku memerlukannyer..Tapi seboleh-bolehnyer haku cuba berjimat cermat dengan tidak meminum kecuali jika terasa dahaga sangat. Kami berehat selama lebih kurang 30 minit dan bercerita tentang gunung-ganang yang berada berdekatan di sini, meka bercerita Trans Titiwangsa melalui 5 gunung, manakala V2 iaitu melalui puncak Korbu, Gayong, Yong Yap dan akhirnyer Yong Belar memakan masa 8 hari. Haku mula teruja dan berkobar-kobar untuk mendaki V2 tapi bila memikirkan masa yang terlalu lama membuatkan haku menyuarakan agar dibuat satu persatu sahaja.

Sebaik citer gunung tamat maka kami teruskan menuju ke Bongsai Tonggek yang mana kami mengambil masa 8 jam 6 minit dari Kem View dan juge “Last Water Point”  untuk sampai ke puncak. Haku mula terasa keletihan dan kelaparan kerna hanya memakan seketul bun ikan bilis dan mula membuka beg untuk mengambil Snickers untuk menghilangkan rasa lapar. Bongsai Tonggek sesuai dengan namanye di sini bilamana melihat tumbuhan di sini nampak renek dan bongsai secara semulajadi kesemuannnyer nampak cantik belaka, macam terasa berada di luar negara plak…hihihihihihi..kami berehat lebih kurang 20 minit untuk menghilangkan lelah. Kami sekali lagi melalui laluan sempit serta pokok-pokok buluh kecil menghalangi denai yang kami lalui sesekali terpaksa merangkak dan terasa amat memenatkan satu jer kemusyiklan yang haku terfikir apabila melalui jalan menuju ker puncak bila terlihat pokok pine tumbuh di atas sana..pokok nie bukan la pokok semulajadi hutan hujan Khatulistiwa, haku rasa ia mungkin di tanam oleh pendaki-pendaki dahulu mungkin di zaman penjajahan Inggeris agaknyer. Setelah penat melalui denai di permatang akhirnyer kami tiba di puncak Korbu lebih kurang jam 5.30pm. Seperti biasa haku pasang Khemah manakala Wafi masak nasik dengan menu kari ayam Yeo’s dan ikan masin hahahahahaha…

Tapi kami kekurangan air yang mana sepatutnya kami mempunyai 9 botol air untuk kegunaan di atas gunung kekurangan 4 liter air tuh membuatkan Wafi berjimat cermat menggunakanyer, ini kerna segelintir kawan2 yang tidak mengikuti arahan dan tidak mengambil serius dalam apa yang persetujui untuk tidak mengusik air 1.5 liter untuk kegunaan masakan, kami terpaksa mencatu air bila mana hanya cukup-cukup untuk di gunakan untuk memasak. Bermalam di atas puncak amat mendamaikan dengan Susana amat tenteram di kelilingi puncak-puncak gunung yang bole di lihat seperti Yong Yap,Gayong,Tok Nenek errmm..tapi yang tak tahan nyer suhu sejuk hingga ke 15 darjah selsius waduhhh…..sejuk banget seeyyyy…

Hari Ketiga (3 February 2007)

Kesejukan malam membuatkan kami tido lena hinggakan terasa ke tulang walaupon haku memakai sarung tangan dan juge stokin serta memakai baju lengan panjang tidak dapat menahan kedinginan pagi itu. Setelah kami semua bersarapan nasi goreng Adabi perencah segera kami mula berkemas kembali untuk menuruni ke Kem View di mana ntah apa jadi pada Warren dan Mahendran di bawah sana. Perjalanan turun amat lah mudah bagi kami kerna tidak perlu menggunakan banyak tenaga akan tetapi haku terasa amat perit di kaki kerna menahan pergerakan menuruni, kekuatan lutut amat perlukan di kala ini. Kesian melihat Wafi yang acap kali menyapu krim pemanas pada bahagian tumitnyer…menurut katanyer mungkin kasut cap ayam yang dibeli dengan potongan 70% membuatkan dia terasa kesakitan amat sangat. Tak banyak yang haku bole citerkan kerna laluanyer sama masa kami mendaki.

Kami berhenti di Last Water Point untuk makan tengahari dengan berbekalkan roti gardenia disapu dengan kaya siap di hidangkan dengan teh o waduhh…terasa enak sekali, haku melihat dan kesian pada si Sassi dan Thomas yang kelaparan kerna tidak membawa bekalan semasa naik dan turun padan la bila kami makan semasa dalam perjalanan meka tak makan…kesian melihat meka. Apa pom yang penting kami semua selamat, bila melihat mereka bersemangat kembali kami meneruskan kembali dan sampai di Kem View pada jam 4.30pm kami mula memasang Khemah manakala yang lain turun ke Kem Air Terjun Senoi untuk membawa Warren dan Mahendran ke sini.

Waktu malam di Kem View kami bole melihat Bandar Ipoh sayup-sayup melihat cahaya neon, haku duduk melepak bersama Wafi dan bercerita tentang pengalamannyer semasa mendaki Gunung Yong Belar yang mana sudah 100 kali kudengar citer tentang kegagalannyer memasak nasi. Di rasakan bukan salah nyer kerna menggunakan hingga 2 dapur gas untuk memasak nasi sehingga 2 jam malah abis gas tetapi nasi tidak juge masak. Waktu malam itu juge kawan-kawan yang lain bermain card yang di beri nama  “colik-colik” hihihihihihihi…haku la yang mula mengajar meka tapi Mail memberi idea sapa-sapa yang kalah meka kena minum air sungai segelas besar hahahahahaha…tapi haku tak bermain kerna melayan Wafi akan citer Yong Belar dengan nasik mentahnyer. Hihihihihihihi..

Hari Keempat Terakhir (4 February 2007)

Haku bangun pada pagi nie terasa kesakitan pada bahagian peha di kedua-dua belah mungkin kerna semalamnyer asyik menuruni dan menggunakan kaki untuk menahan malah acap kali juge haku tergelincir kerna daun-daun yang mereput hinggakan tapak kasut ku tidak dapat mencengkam dengan baik. Kami memulakan senaman ringan sebelum memulakan perjalanan menuruni. Harap-harap kali ini Mahendran dapat melalui dan menuruni tanpa rasa kesakitan. Setelah semua bersiap maka kami pon memulakan langkah dengan Mahendran berada di depan sekali manakala Mail berada di belakang nyer, waduh..bukan main laju lagi bila dia bila berada di depan..manakala kami pula terpaksa mengejar dia ini..sesekali haku tergelincir seperti semalam. Apa pom kami semua selamat tiba di ladang kelapa sawit lebih kurang jam 3.30pm dan kami mengambil kesempatan membersihkan diri dengan mandi dalam sungai sementara menunggu ketibaan Hilux yang di janjikan pada pukul 5.00pm. Perjalanan keseluruhan kami memakan masa 16 jam 36 minit naik manakala turun lebih kurang 12 jam. Apapom tahniah kepada semua yang mendaki pada trip kali ini dan haku nak ucapkan setinggi-tinggi rasa terima kasih pada Zafrul kerna telah membawaku ke puncak ke2 tertinggi di Semenanjung dan Wafi, jasamu ku kenang kerna tanpa mu kebulur la kami hihihihihihihihi..

Tunggu episod (cam drama bersiri plak hihihihihi..) akan datang mungkin kali ini ke Gunung Yong Yap(salah satu gunung G7 juge) puncak ke6 tertinggi di Semenanjung dalam jangkaan bulan March. Tunggguuuuuu……!!!   J

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Gunung Tahan



Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter), merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.

Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.

Laluan mendaki

Gunung Tahan ini sering menjadi tumpuan pendaki gunung yang menggunakan laluan Kuala Tahan – Gunung Tahan. Laluannya :-

1. Dari Kuala Tahan ke Kem Kuala Melentai – 1 hari melalui tepi Sungai Melentai. berkhemah di sini.

2. Dari Kem Melantai ke Bukit Darah

3. Dari Bukit Darah melalui Bukit Malang – di sana ada 11 bukit.

4. Dari Bukit Malang ke Gunung Rajah

5. Dari Gunung Rajah turun ke Kem Kuala Puteh di bawah .

6. Dari Kuala Puteh ke Kuala Teku – 1 hari melalui tepi Sungai Peleting. Berkhemah di sini.

7. Dari Kuala Teku ke Gunung Pondok Dua (898 m di Kem Wrays).

8. Dari Gunung Pondok Dua ke Gunung Pangkin ( 1462 m)

9. Dari Gunung Pangkin ke Gunung Tangga Lima Belas ( 1574 m)

10. Dari Gunung Tangga Lima Belas ke Gunung Reskit ( 1666 m)

11. Dari Gunung Reskit ke Gunung Gedong ( 2066 m)

12. Dari Gunung Gedong turun ke Kem Padang

13. Dari Kem Padang ke Gunung Tahan ( 2187 m)

Anda perlu mendaki, berjalan kaki sejauh 65 km dari Kuala Tahan ke puncak Gunung Tahan.

Punca air sungai ada di Kuala Melantai , Kuala Puteh , Kuala Teku , Kem Wrays dan di Kem Padang. Ambil air di sana dan masak.

Pendakian

Pendakian paling cepat 9 hari di dalam hutan bagi mereka yang sihat. Jika dikira dari Kuala Lumpur kena tambah 2 hari lagi. Terpaksa merentas sungai dan trak yang sangat mencabar. Bagaimanapun trak ini terbuka kepada orang ramai. Dapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pegawai Taman Negara.

Pendakian bermula dari Kuala Tahan ke Kuala Melantai ambil masa 5 hari. Di Kuala Tahan ada ibu pejabat Taman Negara.

Terpaksa naik bot, tidak ada jalan raya. Bot terpaksa ditempah terlebih dahulu dengan cara menulis kepada pejabat cawangan Taman Negara di Kuala Lumpur. Bayaran bot sekitar RM10.00 hingga RM120.00 setiap orang , bergantung kepada bilangan orang.

Masa terbaik mendaki ialah antara bulan Februari dan Mac kerana kurang hujan. Bulan Oktober biasanya hujan turun hampir setiap hari. Taman Negara ditutup kepada pelawat dari 15 November hingga 15 Januari setiap tahun.

Kronologi berkaitan Gunung Tahan

1. 1875 – Rakyat Eropah pertama mengetahui kewujudan Gunung Tahan ialah penjelajah Russia, Baron Von Mikluho-Maclay yang mengesan dari jarak Kampung Penghulu Gedong, Kelantan. Beliau melihat sebuah gunung yang menakjubkan (Skinner, 1878).

2. 1880 – Terdapat dua ekspedisi awal yang dihantar oleh Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad bertujuan mencari Batu Hikmat yang dipercayai terletak di puncak. Kisah hikayat Orang Asli mendakwa ada monyet sebesar badak sumbu menjaga dua kendi mengandungi ibu emas dan ibu perak. Satu percubaan pergi ke kawasan itu melalui Teko Gorge sepanjang 1,000 meter kerana laluan itu dianggap paling mudah ke puncak, tetapi kedua-dua ekspedisi gagal kerana tebing tinggi dan curam.

3. 1884 – Residen Perak, Frank Swettenham dalam lawatannya ke Kuala Kangsar pernah menggunakan teropong besar dan melaporkan telah melihat sebuah gunung yang tinggi di kawasan pedalaman Tanah Melayu.

4. 1893 – H M Becher, seorang lagi individu yang dikatakan sedang memeriksa daerah itu memutuskan untuk berkhemah di atas sebuah pulau (beting pasir) yang terletak di tengah sungai Tahan. Becher mengabaikan nasihat penduduk tempatan yang mengatakan kawasan itu tidak selamat kerana sering dinaiki air. Ketika air pasang, beliau hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sampan yang dinaikinya karam.
5. 1890 – Ekspedisi diketuai H N Ridley hanya mampu melepasi beberapa kilometer ke hulu Kuala Tahan.

6. 1898 – W W Skeat adalah orang pertama yang berjaya menerokai lebih jauh dari kawasan tanah pamah. Kumpulan ekspedisi ini menanam benih durian dan rambutan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Tahan serta terserempak dengan seekor badak. Beliau mendaki ke tempat yang kini dikenali sebagai Gunung Pankin (ketinggian 1,463 meter) dan memacak bendera menggunakan kain batik dipercayai milik seorang peserta ekspedisi.

7. 1902 – Seorang ahli alam semula jadi, Waterstad mengetuai ekspedisi yang mengisytiharkan bahawa beliau sampai ke Banjaran Tahan, namun keterangannya amat berbeza dengan keadaan sebenar di kawasan berkenaan.

8. 1905 – Ekspedisi Robinson, mereka memulakan perjalanan dengan menaiki bot pada pagi 17 Mei 1905 ke Kuala Tembeling menuju ke Kuala Tahan. Empat pembantu Robinson berbangsa Melayu iaitu Che Nik, Mumin, Mat Aris dan Bulang adalah orang pertama tiba di puncak Gunung Tahan pada jam 10.15 pagi 16 Julai 1905, iaitu selepas dua bulan mendaki dari Kuala Tahan (Scrivenor 1912).

9. 1906 – Jabatan Bancian mendirikan survey beacon dan kepingan besi serta menandakan ketinggian puncak gunung iaitu 7,059 kaki.

10. 1912 – Ketinggian Gunung Tahan disahkan pada 7,186 kaki oleh Scrivenor, namun kini disahkan dengan peralatan yang lebih moden pada ketinggian 7,182 kaki.

EPDC Tuan Rahim ke Gunung Ledang



Assalamualaikum pengunjung blog Karimon,penantian tarikh 28hbMei 2010 berakhir apabila cita2 hendak mendaki Gunung Ledang telah tercapai.Begitu lama saya mendengar cerita mengenai Gunung Ledang dan pada 28hb ianya menjadi kenyataan apabila saya berjaya kesana walaupun puncaknya belum didaki.Kami sampai agak lewat iaitu jam 5 petang,setelah selesai proses pendaftaran,kami semua berjaya sampai ke destinasi tempat penginapan kami.Setelah selesai mendirikan khemah TS memanggil saya dan menunjukkan kepada saya pokok yang bergelar cenuai merah yang pada ketika itu sedang berbuah.Tanpa saya sedari rupanya ditempat kami berkhemah terdapat 7-8 pokok cenuai yang terdiri daripada pokok cenuai merah,cenuai putih dan pokok legeh.Tanpa membuang masa saya mencapai kemera saya lalu mengambil beberapa keping gambar untuk kenangan dan TS pesan pokok ini adalah spesies yang dilindungi dan tidak dibenarkan mengambilnya.

Untuk mandi kami pergi ke Gua Nenek yang ada bersebelahan dengan Gua Masjid.Airnya mak ooii sejuk gila tapi gagahkan juga untuk mandi.Pada sebelah malamnya selepas makan TS sempat juga menunjukkan kepada saya beberapa jenis herba yang lain yang terdapat disekeliling khemah kami.Walaupun bulan agak terang tapi keadaan gunung diselubungi dengan kabus dan ini menambahkan kesejukan pada malam itu.TS mula buka story tentang gunung ledang dan pulau besar yang ada kaitan dengan gunung ledang.Lebih kurang jam 4 pagi baru kami masuk tidor.

Keesokkan harinya sebelum sarapan saya dengan TS berjalan2 melihat keadaan sekeliling Gua Nenek,Gua Masjid dan kawasan yang hampirnya maka masa itu TS menunjukkan kepada saya beberapa jenis herba yang lain dan menunjukkan pokok penunduk gunung dan menceritakan akan khasiatnya.Selepas sarapan kami berjalan keatas menuju ke kawasan pencawang Celcom disana TS menunjukkan apa yang dipanggil orang buluh malama atau buluh perindu,kalau setakat lalu sahaja kawasan itu dan tidak mengenalinya maka kita kan menganggap ianya adalah hanya rumpunan buluh biasa sahaja.Disitu kami bertemu dengan seorang guide keturunan orang asli yang sudi menunjukkan kami beberapa jenis herba dan melalui beliau jugalah apa yang dikatakan pokok legeh itu adalah benar seperti yang diceritakan oleh TS.Lebih kurang jam 2 petang kami bersiap2 untuk mendaki ke puncak gunung tetapi malangnya terdapat sedikit masaalah teknikal dan terpaksa membatalkan hajat kami.Lebih kurang jam 4.30 ptg guide kami saudara Hu mengatakan jika mahu mendaki ke Gua Majapahit masih sempat lagi.6 peserta termasuk saya bersetuju untuk mendaki.Jam 5 petang kami melalui Gua Nenek untuk mendaki ,pada permulaan pendakian ianya mudah tetapi akhirnya beransur sukar disebabkan terpaksa melalui trek yang lembah,akar2 pokok yang berjuntai keluar dan pohon2 kayu mati serta trek yang lama kelamaan semakin tinggi.Sampainya kami dikawasan satu puncak yang terdapat pokok2 yang meyerupai taman bonsai dari puncak itu kami dapat melihat puncak gunung ledang ynng saya sempat mengambil gambanya.Dari puncak itu perjalanan lebih kepada menurun yang agak panjang dan didalam hati saya mesti semput ni bila nak balik ke khemah nanti melalui jalan ini.Dari puncak itu lebih kurang 10-15 minit kami sampai ke Gua Majapahit.Betapa lega rasanya dapat sampai ke tempat yang dihajati dan berehat sebentar.Disitu guide kami menceritakan serba sedikit mengenai sejarah gua itu dan menunjukkan beberapa jenis herba yang lain.Lebih kurang jam 6 petang baru kami bergerak menuju ke khemah kami,seperti yang diduga kawasan taman bonsai terpaksa ditempuh juga tetapi oleh kerana kali ini kami banyak berbual dan bergurau maka tidak terasa letih sangat.Jam 6.40 kami sampai ke khemah kami,letih ya tetapi puas hati itulah ungkapan yang dapat diucapkan.Seperti biasa pada malam harinya selepas makan kami banyak berbual tetapi terpaksa masuk ke khemah disebabkan hujan yang lebat.Memang benar seperti yang dikatakan oleh TS hujan yang lebat diikuti oleh guruh dan petir yang begitu kuat sehingga terasa bergegar kereta yang saya duduki.Tetapi Alhamdulillah kami semua selamat.

Hari Ahad hari ketiga tidak banyak aktiviti yang kami lakukan melainkan bersiap mengemas untuk pulang.Jam 12 tengahhari kami berangkat pulang.Belum puas rasanya berada digunung ledang kerana masih banyak tempat yang belum sempat kami lawati.Mungkin bagi sesetengah orang membuang masa mendaki gunung tetapi setelah berada diatas maka seseorang itu akan tahu nikmatnya,mungkin inilah yang dikatakan orang jauhari juga yang mengenal manikam.Jika ditanya apakah mungkin saya mahu mendaki lagi jawapan Ya saya mahu mendaki lagi pada masa yang terdekat ini insyaallah.Ya Allah kau panjangkanlah usiaku, berikanlah kesihatan dan kekuatan dan keizinan untuk pendakian yang akan datang.Aminnnnnn……..

Gunung Ledang Melaka



Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.

Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.

Asal-usul nama

Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Nama `Ophir’ itu sendiri dikatakan berasal dari bahasa Ibrani. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud ‘Gunung Emas’ (Golden Mountain). Satu sumber lain mengatakan bahawa Jawa ketika pemerintahan empayar Majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud ‘gunung dari jauh’.

Cara mendaki, ada tiga runut mendaki:

Dari Asahan,Melaka, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dipercayai menggunakan denai ini. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan.

Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar Tangkak menuju ke Jementah/Segamat di sebelah kiri lebuh raya. Anda akan jumpa Sagil. 10 km dari Tangkak menuju ke Segamat, anda akan jumpa air terjun Ayer Panas di sebelah kiri, kilang getah dan Estet Ledang Baharu. Dari air terjun , anda boleh ikut runut Sagil menuju ke puncak Gunung Ledang. Jalan ini lebih popular. Hanya 2-3 jam dikatakan boleh sampai ke puncak.

* Dari Tangkak ke Segamat, ada satu jalan ke puncak stesen radio Telekom Malaysia Berhad dan empangan air. Tetapi jalan ini ditutup kepada orang ramai.

Kelebihan

Gunung Ledang boleh didaki oleh sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga. Namun pada 1987, enam orang Singapura tersesat di Gunung Ledang kerana cuba mengambil jalan pintas.
Air dari gunung ini boleh diminum tanpa masak terutamanya dibahagian tapak perkhemahan Gua Kambing dan Kolam Puteri.

Pendaki yang memulakan pendakian dari Sagil tidak perlu risau tentang keperluan makan minum, peralatan khemah dan penginapan. Pihak Gunung Ledang Resort telah menyediakan pelbagai kemudahan atau beli sahaja di mana-mana kedai pekan Sagil.

Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang yang mula dibuka kepada orang ramai sejak Julai 2003, semakin mendapat sambutan berikutan keindahan alam sekitarnya.

Dengan kehijauan hutan dan alam semula jadinya, taman seluas 8,611 hektar yang terletak di kaki Gunung Ledang di Sagil itu, diwartakan sebagai taman negara pada 3 Oktober 2005.
Jika sebelum ini pelancong lebih tertumpu di kawasan air terjun di Gunung Ledang Resort sebagai kawasan rekreasi, Taman Hutan Lagenda itu memberikan pilihan kepada mereka yang lebih mementingkan ketenangan dan suasana hutan.

Selain itu, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang yang menjadi pintu masuk untuk ke puncak gunung itu juga adalah tempat paling sesuai untuk program bina semangat dengan pelbagai kemudahan lengkap.
Pembangunan di kawasan itu juga dibuat dengan menggunakan kaedah meminimumkan penebangan pokok bagi memastikannya tidak menjejaskan alam sekitar dan nilai keasliannya yang menjadi lokasi berharga kepada pencintanya. Malah, bilangan pengunjung ke kawasan itu juga dihadkan bagi memastikannya tidak terlalu terdedah dengan kehadiran orang ramai yang boleh menyumbang kepada kemusnahan kawasan hutan, sekali gus menjejaskan anugerah alam yang bernilai ribuan tahun.
Penguatkuasaan yang ketat dengan mengenakan beberapa peraturan kepada pengunjungnya berjaya mengekalkan keaslian taman hutan itu, sekali gus menjadikannya lokasi menarik.
SUASANA damai di Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang.

Perbadanan Taman Negara Johor mengambil langkah berhati-hati dan merancang setiap kegiatan di kawasan itu dengan mengambil kira pengekalan ciri hutan rimba.

Pada masa ini, kawasan itu mempunyai kompleks pelawat yang berfungsi sebagai pusat latihan dan maklumat, dewan, asrama, chalet, tapak perkhemahan, pondok dan kafetaria.

Seorang peserta kem bina semangat di taman itu, Mohd Hardi Abdullah, berkata selain mendaki gunung, pelbagai kegiatan boleh dijalankan di kawasan terbabit termasuk program motivasi dan kegiatan lasak.
Katanya, beliau terpesona dengan keindahan alam sekitar yang tidak tercemar terutama kejernihan dan kesejukan air sungai yang sukar didapati di kawasan lain.

“Sungai yang mempunyai kumpulan ikan kecil juga memberikan rawatan spa percuma kerana apabila merendamkan kaki, ia akan menggigit sisa sel kulit mati, sekali gus memberikan rasa nyaman,” katanya.
Sehubungan itu beliau berharap pihak berkuasa terus menjalankan peraturan dan penguatkuasaan ketat bagi mengekalkan keaslian hutan itu serta pada masa yang sama membolehkan pelbagai kegiatan kem bina semangat dan pendakian dapat dijalankan.

Bagi urus setia yang mengendalikan kursus kepada pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Mohd Nordhamin Mohd Amran, kehijauan alam sekitar kawasan itu yang masih terpelihara memberi peluang kepada peserta menghayati keaslian alam sekitar serta pada masa sama menjalani program membentuk jati diri.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak untuk mengadakan lebih banyak program di taman hutan itu bagi memberi peluang kepada peserta menikmati keistimewaannya yang sukar ditemui di kawasan lain.
“Sudah banyak tempat yang saya pergi tetapi Taman Hutan Gunung Ledang ini paling istimewa kerana ia masih terjaga dengan penguatkuasaan bagi memastikannya tidak tercemar dengan kegiatan manusia,” katanya.

FAKTA: Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang

# Nama gunung itu dikatakan berasal daripada bahasa Jawa ketika zaman empayar Majapahit yang bermaksud Gunung Dari Kejauhan atau Gunung Yang Tinggi. Malah, dalam kamus Dewan dan Pustaka menyatakan Ledang bermaksud `menunjukkan diri’ atau tinggi.

# Negara Barat mengenalinya sebagai Mount Ophir iaitu berasal daripada bahasa Yahudi tua atau Hebrew yang turut tercatat dalam Kitab Zabur yang antara lain menyatakan kawasan itu mempunyai banyak logam emas.

# Bagi pedagang Cina pula, gunung itu digelar sebagai Kim Sua yang bermaksud Gunung Emas.

# Terkenal dengan lagenda Puteri Gunung Ledang dan kepercayaan mistik lain yang sehingga kini masih belum terungkai.

# Memiliki sungai dan air terjun yang bersih dan jernih selain kehadiran anak ikan yang turut menjadi ikan spa kepada pengunjung yang merendamkan kaki mereka.

# Gunung itu juga mempunyai trek pendakian yang mencabar sehingga menjadi antara gunung yang sukar didaki di negara ini.

# Memiliki pelbagai spesis flora dan fauna, termasuk orkid, periuk kera, tumbuhan herba, burung dan serangga.

Gunung Tebu



Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Gunung Tebu mempunyai ketinggian setinggi 1,039 meter (3,408 kaki).

Gunung Tebu adalah kemuncak paling tinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Ia terletak di Setiu dan Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara.

Gunung Tebu sering menjadi matlamat pendaki tempatan yang kerap mengadakan kembara berkumpulan, malah ada beberapa agensi pelancongan menawarkan pakej ekspedisi menawan puncak Gunung Tebu. Mendaki gunung Tebu ini memakan masa antara dua atau tiga hari.

Mereka yang ingin mendaki gunung Tebu akan menjalani pemeriksaan rutin dan diberikan taklimat pegawai Jabatan Perhutanan, sebelum memasuki hutan. Setiap peserta perlu memiliki pas yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan dengan bayaran RM5.

Gunung Tebu mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Gunung Tebu atau dikenali dengan Sugar Cane Mountain, adalah salah sebuah gunung yang menarik dan mudah untuk didaki. Permandangan yang berlatarbelakangkan Laut China Selatan serta Pulau Perhentian dapat dilihat dari puncak sekiranya cuaca cerah dan tidak berkabus.

Gunung Tebu adalah gunung yang unik kerana terdapat sebuah kubur di puncak gunung. Ia juga sebagai tempat pesilat-pesilat untuk bertapa. Gunung Tebu terletak di Hutan Lipur Lata Belatan, Daerah Besut yang mempunyai jenis Hutan Dipt erokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum ini terdapat disini.

Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini. Di Hutan Lipur Lata Belatan, pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti berkhemah, bersiar-siar dan trekking.

Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuklah kemudahan asas seperti gerai, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Terletak 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala Terengganu-Jertih, 118 km dari Kuala Terengganu. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri atau Pekan Jertih.

Dari pekan jertih, kita terus menuju ke Kampung Jabi untuk ke Hutan Lipur Belatan. Hutan Lipur Lata Belatan, adalah starting point untuk mendaki gunun g Tebu. Di sana terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan.

Dari Hutan Lipur Lata Belatan untuk ke puncak gunung Tebu hanya mengambil masa 5 hingga 6 jam perjalanan. Perjalanan bermula dari pondok Jabatan hutan dan melintasi sebuah jambatan gantung. Dari situ setiap pendaki akan menyusuri ke hulu sungai. Keadaan sungai yang berbatu besar serta berpasir halus adalah sangat bersih dan mempunyai air yang berwarna hijau seperti air tebu.

Keadaan perjalanan landai dan rata. Dari jambatan gantung menyusuri sungai hanya mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke satu kawasan tapak perkhemahan di mana terdapat cabang sungai yang dipanggil Sungai Y. Sungai Y adalah last water point untuk sampai ke puncak. Disarankan agar mengambil sedikit air hanya untuk minuman sepanjang perjalanan ke puncak.

Selepas melintasi Sungai Y, kita perlu mendaki dan mula memasuki hutan Lipur Gunung Tebu. Kecerunan pendakian hanya sekitar 45 darjah sahaja. Sekitar pendakian, kita akan sampai di satu kawasan yang mempunyai baru besar yang berketinggian lebih dari 5 meter. Batu ini dikenali dengan nama Batu Mat Hassan. Dari Batu Mat Hassan untuk ke puncak hanya mengambil masa selama 2 jam sahaja.

Sebelum sampai di puncak, iaitu jam perjalan dari batu Mat Hassan, kita akan berjumpa dengan satu kawasan lereng yang boleh melihat permandangan sekitar Gunung Tebu. Tempat ini dikenali dengan Jendela Dunia. Setelah tiba di puncak gunung Tebu, ambil laluan ke kiri dan dalam laluan menurun untuk sampai ke tapak perkhemahan.

Puncak Gunung Tebu jarang pendaki akan bermalam kerana, tiada sumber air disana. Untuk ke tapak perkhemahan hanya mengambil masa 20 minit dari puncak. Pendaki akan melalui satu kawasan di mana terdapat satu papan tanda dari PMM. Terus turun sehingga berjumpa dengan satu batu tongkol yang sangat besar. Batu tersebut seperti bola yang telah dikerat dua. Dari batu tersebut jarak tapak perkhemahan hanya 300 meter sahaja.

Teruskan menuruni sehingga berjumpa satu kawasan lapang yang terdapat batu-batu besar dan juga sebuah kubur. Di sini kawasan terbuka dan berangin, disarankan agar turun kebawah sedikit untuk berkhemah. Disini terdapat banyak pokok-pokok renek dan dekat dengan sumber air iaitu lima minit dari kawasan perkhemahan.

Gunung Jerai



Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 1,217 meter.

Gunung Jerai boleh dilihat dari Hotel E & O di Pulau Pinang kerana jarak dari Butterworth ke Gunung Jerai cuma 50 kilometer sahaja.

Asal usul

Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.

Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya “Batu Kapal”. Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.

Gunung Rekreasi

Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang termasuk kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Cara ke sana

* Dari Butterworth mengikut jalan persekutuan (1), memandu ke Sungai Petani, melalui Bedong, Kedah. Kemudian ke Gurun. Dari sana ada jalan tar menuju ke stesen radio sepanjang 11 km. Ada sebuah hotel di sana yang sekarang telah diambil alih dan dinamakan The Regency Jerai Hill Resort. Ada tapak perkhemahan dan tapak perkelahan di pertengahan jalan.

* Mengikut Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, dari Tol Sg. Dua, Prai menuju utara dan keluar di Exit Gurun. Belok kiri selepas tol, kemudian belok kanan di simpang lampu trafik.

* Dari utara melalui Guar Chempedak, Yan Kecil dan ke Yan Besar . Anda dakilah dari Yan Besar melalui trak lama.

Dari puncak akan kelihatan permandangan indah negeri Kedah terutama permandangan sawah padi yang luas terbentang bak saujana mata memandang.

* 1884 telah ada kerja-kerja memecah batu di atas puncak Gunung Jerai . Sebuah bangunan misteri terdapat di sana dipercayai 1000 tahun. Binaan ini tidak dketahui oleh kebanyakan penduduk tempatan. Kini binaan tersebut telah hampir dimusnahkan oleh kerja-kerja meratakan tapak bagi stesen radio.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Gunung Kinabalu



Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.[1] Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. [2] di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.

Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di “Oceania”.[3] Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” – disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

Pembentukan

Gunung Kinabalu terhasil dari pertembungan litosfera Laut China Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo.

Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan bumi. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan (5 mm) dan sukar dilihat dengan mata kasar [4].

Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) dari ketinggian sekarang. Bagaimanapun hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun, menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter.

Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:

* Puncak Low’s (Low’s Peak) (4095.2m)

* Puncak St. John’s (St. John’s Peak) (4090.7m)

* Puncak Oyayubi Iwu (Oyayubi Iwu Peak) (3975.8m)

* Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)

* Puncak Raja Edward (King Edward Peak)

* Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)

* Puncak Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Peak)

Ciri fizikal

Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.

Kesemua puncak tinggi di dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartenar atau zaman air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya. Ketika waktu itu puncak Kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier. Kesan pergerakan glasier boleh dilihat di kawasan Pinusok Gravel iaitu satu tempat yang terletak antara Kundasang dan Ranau.

Kejadian Gunung ganang menurut al Quran



Letusan Eyjafjallajokull di Iceland mengingatkan manusia kekuasaan Yang Maha Esa

NAMANYA agak janggal dalam perbendaharaan bahasa kita, Eyjafjallajokull. Janggal daripada susunan huruf, sebutan ucapan dan penglihatan mata, tetapi susunan kata itulah yang menggusarkan negara Eropah dan berimbas ke seluruh dunia selama hampir dua minggu yang bermula pada 14 April lalu.

Eyjafjallajokull nama gunung berapi di Iceland, utara Britain, yang menghamburkan debu setinggi 11 kilometer ke udara dan menghalang banyak penerbangan ke Eropah. Selama enam hari larangan itu, penerbangan dunia mengalami kerugian AS$1.7 bilion. Belum lagi kerugian lain dikaitkan dengan perkhidmatan penerbangan. Eyjafjallajokull satu nama daripada ribuan nama yang diberikan kepada ciptaan Allah SWT yang bernama gunung. Gunung adalah penyeimbang bumi di mana tanpanya bumi akan beroleng (bergerak) tidak tentu arah. Inilah satu fungsi gunung yang didedahkan al-Quran lebih 1,400 tahun lalu.

Al-Quran menyebutnya bermaksud: “Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya.” (Surah al-Naba: 7) Dalam ayat lain yang bermaksud: “Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” Surah al-Nahl: 15)

Al-Quran menyebut gunung dengan dua perkataan bahasa Arab. Yang pertama kata jamak ‘jibal’ dan disebut sebanyak 33 kali, manakala kata tunggal ‘jabal’ disebut enam kali dan yang kedua kata ‘rawasi’ yang diulang sebanyak 10 kali.

Menurut Rosihan dan Fadlullah, istilah jabal lebih bersifat umum, sedangkan rawasi kemungkinan dimaksudkan khusus untuk menyebutkan gunung yang berfungsi sebagai pasak bumi. Hal ini dikuatkan pula oleh makna dasar dari-pada kata berkenaan. Kata rawasi bermakna sesuatu yang dapat membuat benda yang bergoncang menjadi diam, dalam hal ini benda yang bergoncang adalah bumi.
Penyebutan rawasi juga selalu didahului dengan kata alqa bererti ‘mencampakkan’, atau ‘meletakkan sesuatu yang belum ada sebelumnya di tempat itu.’ Makna ini bersesuaian dengan huraian ilmiah mengenai gunung. Gunung-ganang yang berada di batas lempeng (divergence mahupun convergence) sememangnya tidak muncul bersamaan dengan pembentukan daratan, melainkan harus melalui proses tektonik terlebih dulu.

Penggunaan isim makrifat (al) yang mendahului kata ard dalam Surah Al-Nahl ayat 15. Isim (kata benda) ini menunjukkan pengkhususan, dalam hal ini pengkhususan bahagian tertentu daripada bumi. Ini bererti ‘gunung’ dimaksudkan dalam ayat berkenaan tidak terdapat di seluruh permukaan bumi, akan tetapi hanya pada wilayah tertentu. Wilayah berkenaan kemungkinan adalah batas-batas lempeng.

Bahagian lain setelah kata rawasi dalam ayat ini adalah perkataan an tamiida bikum yang bermakna ‘supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu.’ Perkataan ini mungkin menunjukkan ‘gunung’ yang dibicarakan dalam ayat itu ialah gunung berada dekat dengan permukiman manusia, yakni gunung-gunung di batas lempeng konvergen. Gunung di bawah laut (batas lempeng divergen) mungkin tidak termasuk dalam ‘gunung’ yang dibicarakan ayat ini.

Dalam al-Quran disebut gunung 49 kali mempunyai tujuan tertentu. Dengan bilangan sebanyak itu, sudah tentu gunung mempunyai kedudukan tersendiri dalam senarai makhluk ciptaan Allah. Kita boleh mengkategorikan pembahasan gunung dalam 49 ayat itu kepada pembahasan mengenai hakikat gunung sebagai kata kiasan; kepentingan sejarah manusia; tempat berlaku mukjizat; tempat berlindung manusia dan haiwan; penyeimbang bumi; keagungan penciptaan gunung, gambaran komposisi geologi; fakta bahawa gunung bergerak; supernatural dan nasib gunung pada hari kiamat.

Dari segi sains, gunung berapi adalah suatu proses geologi yang membabitkan pembentukan daratan yang dijana daripada letusan menerusi permukaan planet dipanggil magma, batuan cair yang meleleh keluar dari bahagian dalam (interior) planet.

Gunung berapi ada dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya. Gunung berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadi pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapun, gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 610 tahun sebelum bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan sebenar sesuatu gunung berapi itu, sama ada sesebuah gunung berapi itu berada dalam tempoh pendam atau telah mati.

Apabila gunung berapi meletus, magma yang terkandung di dalam kamar magma di bawah gunung berapi meletus keluar sebagai lahar atau lava. Selain daripada aliran lava, kemusnahan oleh gunung berapi disebabkan melalui pelbagai cara seperti aliran lava; letusan gunung berapi; aliran lumpur; abu; kebakaran hutan; gas beracun; gelombang tsunami; dan gempa bumi.

Kejadian fenomena alam abu gunung Eyjafjallajokull sedikit sebanyak mengingatkan manusia mengenai kekuasaan Sang Maha Pencipta yang tidak ada tolak bandingnya. Dia boleh melakukan apa saja tanpa ada campur tangan dari sesiapa pun. Manusia sebagai makhluk ciptaannya hanya boleh menerimanya secara sukarela mahupun secara terpaksa demi kebaikan mereka.

“Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya?” (Surah al-Nahl: 17)

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »